MAKLUMAT AM

SEJARAH KAMPUNG

Pada tahun 1938, sebahagian pekerja Mount Austin Estet telah menerokai kampung ini. Selepas pemerintahan Jepun diikuti pula dengan kehadiran pekerja Ladang Mados dan pekerja Estet Sungai Tiram. Pengurniaan tanah kepada bekas pasukan Special Constabalary (SC) pada tahun 1959 di kampung ini menambahkan lagi bilangan penduduk kampung ini.

Dengan kepesatan pembangunan dalam negeri Johor, Kampung Sungai Tiram kini dikelilingi dengan kawasan perindustrian. Oleh yang demikian, hampir 90% penduduknya bekerja di kawasan perindustrian tersebut.


Kampung ini juga tidak ketinggalan dilanda arus pembangunan di mana pelbagai industri turut diusahakan penduduknya seperti industri memproses makanan dan pembuatan di samping pertanian dan ternakan. Kemudahan asas yang disediakan kerajaan telah mencapai 90% dilaksanakan kecuali di penempatan baru. Dengan kepimpinan yang berdaya maju serta berinovatif, kampung ini mampu menjadi kampung yang maju.


VISI KAMPUNG

Mewujudkan kampung contoh lengkap dengan kemudahan dengan penduduk yang bersatu, agresif, progresif serta proaktif.


MISI KAMPUNG

1. Membentuk Masyarakat yang bertanggungjawab, bersatu padu dan bekerjasama.

2. Merencana pembangunan & kemudahan yang mampan untuk masa depan yang lebih gemilang.

3. Menyemai nilai murni dan kerohanian dalam jiwa masyarakat.

MOTO KAMPUNG

BERSATU MAJU, BERSIH HARMONI DAN BERDAYA SAING


LAGU KAMPUNG


“SEJAHTERA KAMPUNGKU”

SUNGAI TIRAM INDAH MEMPERSONA
PESAT MEMBANGUN SEIRING MASA
JADI KEBANGGAAN KAMI SEMUA
HIDUP RUKUN AMAN BAHAGIA

SUNGAI TIRAM KAMPUNG SEJAHTERA
PUSAT EKONOMI PELBAGAI BANGSA
BERBAGAI PELUANG UNTUK BERJAYA
KAMI BERBANGGA BERNAUNG DIBAWAHNYA

GENERASI BANGSA SUNGAI TIRAM
MENDUKUNG SEGALA CITA-CITA
RUKUN NEGARA TUNGGAK KITA
AYUH BANGUN SEGERAK SEIRAMA

BERSAMA KITA MEMOHON DOA
KAMPUNG KITA AMAN DAN SENTOSA
MEMBANGUN MAJU UNTUK BANGSA
SEJAHTERA BERBAHAGIA KAMPUNG KITA

Lagu : Tuan Syed Abdullah Bin Syed Mohamed
Lirik : Puan Fauzi Binti Ibrahim


F. VIDEO KOPRAT


Video Koprat Di Sini