Thursday, February 24, 2011

JEMPUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL 1432H/2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011 Anjuran JKKK Kg Sg Tiram dengan Kerjasama UMNO Cawangan Sg Tiram, Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram, SK Sungai Tiram & Sekolah Agama Sungai Tiram

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

Monday, February 21, 2011

MAJLIS TAHLIL DAN BERZANJI

Pada malam 12 Rabiul Awal 1432H yang lalu, satu Majlis Tahlil dan Bacaan Berzanji telah diadakan di Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram bagi memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Majlis telah dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan Bacaan Tahlil. Selepas Solat Isyak, Bacaan Berzanji dan Marhaban telah diadakaan. Buat kali ini, ketika Marhaban dan Selawat dibacakan, beberapa peserta telah dijemput untuk turut serta dalam acara cukur jambul bagi kanak-kanak yang baru lahir untuk menyerikan lagi majlis pada malam tersebut.

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada penduduk dan peserta peserta yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir dan menyerikan lagi majlis pada malam tersebut.


BANJIR

Pada 30hb Januari 2011 yang lalu, beberapa tempat di Kampung Sungai Tiram telah dilanda banjir. Kebanyakan kediaman yang berhampiran sungai telah ditengelami air. Pusat pemindahan banjir telah dibuka di Dewan Raya Kampung Sungai Tiram bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir.

Pihak JKKK merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak membantu serta sumbangan yang dihulurkan semasa bencana antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasukan RELA, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Badan-badan NGO dan orang perseorangan. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Terima kasih juga kepada semmua Ahli Jawatankuasa yang dapat melapangkan masa bersama-sama membantu.


Wednesday, February 16, 2011

AKTIVITI TAHUN 2010

Sepanjang tahun 2010, JKKK Sungai Tiram telah berjaya melaksanakan dan menjalankan beberapa aktiviti yang melibatkan kawasan pentadbirannya.

Beberapa aktiviti keagamaan seperti Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan kerjasama Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram, UMNO Cawangan Sungai Tiram, SK Sungai Tiram dan Sekolah Agama Sungai Tiram telah dapat dilaksanakan. Selain itu Majlis Ceramah Agama Sempena Israk & Mikraj, menjadi Tuan Rumah Perujian Membaca Al-Quran dan Berzanji Peringkat Mukim, Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Sempena Hari Kemerdekaan dan sebagainya telah berjaya di laksanakan.

Selain itu beberapa siri ziarah penduduk kampung juga telah dapat dijalankan dengan tujuan dapat mengeratkan lagi hubungan antara penduduk dan Pihak JKKK. Antara yang sempat diziarahi Allahyarham Tok Sukor, Mantan Ketua Kampung.

Selain itu Pihak JKKK juga terlibat dalam aktiviti sukan dengan penyertaan Pasukan Bola Sepak JKKK menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan di kawasan sekitar dengan memperolehi beberapa kejayaan. Selain itu satu Pertandingan Badminton Tertutup juga telah berjaya dilaksanakan.

Pihak JKKK juga telah menjalankan beberapa aktiviti gotong royong antaranya gotong-royong di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tiram dengan kerjasama dari pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan beberapa siri gotong royong di sekitar kawasan Dewan Raya dan Balai Raya Kampung Sungai Tiram.

Pada Tahun 2010 juga Pihak JKKK dan Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram telah menerima sumbangan sebuah Van Jenazah dari pihak Individu yang bermurah hati untuk kegunaan Qariah Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram

Semua aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya atas usaha dan kerjasama semua Ahli Jawatankuasa dan diharapkan aktiviti-aktiviti ini dapat diteruskan dan lebih berjaya bagi tahun 2011.

Berikut beberapa kenangan-kenangan yang sempat dirakam sepanjang tahun 2010.

GOTONG ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM KG SG TIRAM