Wednesday, February 16, 2011

AKTIVITI TAHUN 2010

Sepanjang tahun 2010, JKKK Sungai Tiram telah berjaya melaksanakan dan menjalankan beberapa aktiviti yang melibatkan kawasan pentadbirannya.

Beberapa aktiviti keagamaan seperti Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan kerjasama Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram, UMNO Cawangan Sungai Tiram, SK Sungai Tiram dan Sekolah Agama Sungai Tiram telah dapat dilaksanakan. Selain itu Majlis Ceramah Agama Sempena Israk & Mikraj, menjadi Tuan Rumah Perujian Membaca Al-Quran dan Berzanji Peringkat Mukim, Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Sempena Hari Kemerdekaan dan sebagainya telah berjaya di laksanakan.

Selain itu beberapa siri ziarah penduduk kampung juga telah dapat dijalankan dengan tujuan dapat mengeratkan lagi hubungan antara penduduk dan Pihak JKKK. Antara yang sempat diziarahi Allahyarham Tok Sukor, Mantan Ketua Kampung.

Selain itu Pihak JKKK juga terlibat dalam aktiviti sukan dengan penyertaan Pasukan Bola Sepak JKKK menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan di kawasan sekitar dengan memperolehi beberapa kejayaan. Selain itu satu Pertandingan Badminton Tertutup juga telah berjaya dilaksanakan.

Pihak JKKK juga telah menjalankan beberapa aktiviti gotong royong antaranya gotong-royong di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tiram dengan kerjasama dari pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan beberapa siri gotong royong di sekitar kawasan Dewan Raya dan Balai Raya Kampung Sungai Tiram.

Pada Tahun 2010 juga Pihak JKKK dan Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram telah menerima sumbangan sebuah Van Jenazah dari pihak Individu yang bermurah hati untuk kegunaan Qariah Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram

Semua aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya atas usaha dan kerjasama semua Ahli Jawatankuasa dan diharapkan aktiviti-aktiviti ini dapat diteruskan dan lebih berjaya bagi tahun 2011.

Berikut beberapa kenangan-kenangan yang sempat dirakam sepanjang tahun 2010.

GOTONG ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM KG SG TIRAM



MAJLIS ISRAK MIKRAJ 2010/1431H



PENYERAHAN VAN JENAZAH


PROGRAM ZIARAH JKKK 2010


MAJLIS MAULUD 2010/1431H

No comments:

Post a Comment