Saturday, March 12, 2011

MAJLIS MAULIDUR RASUL 1432H - 2011M

Pada hari Ahad 6hb Mac 2011 yang lalu, JKKK Sungai Tiram sekali lagi telah berjaya menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1432H / 2011M yang mana majlis tersebut telah dianjurkan dengan kerjasama dari Pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Umno Cawangan Sungai Tiram, Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram, SK Sungai Tiram dan Sekolah Agama Sungai Tiram.

Semua AJK telah mula membuat persiapan awal dengan gotong royong menyiapkan persiapan dengan memasang khemah, persiapan jamuan dan sebagainya yang turut dibantu oleh penduduk kampung, guru-guru sekolah dan Pihak MPPG.

Majlis telah dimulakan seawal 8.00 pagi dengan perarakan dengan membawa sepanduk yang disertai oleh penduduk kampung dan murid-murid sekolah dari padang belakang SK Sungai Tiram yang melalui Jalan Sungai Redan dan memasuki Jalan Sungai Tiram dan berakhir di padang hadapan SK Sungai Tiram.

Setelah selesai perarakan majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dibacakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Jaafar Bin Suraji dan diikuti bacaan Doa oleh Yang Berbahagia Tuan Imam Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram, Tuan Haji Abdullah Bin Basir.


Majlis diteruskan dengan persembahan dari murid-murid SK Sungai Tiram dan Sekolah Agama Sungai Tiram. Setelah selesai persembahan majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan Pengerusi Sambutan yang merangkap Pengerusi JKKK Sungai Tiram, Yang Berusaha Tuan Haji Sidik Bin Sarmidi. Setelah itu ruang pentas yang dihias guru-guru SK Sungai Tiram diberikan kepada Penceramah Jemputan iaitu Yang Berbahagia, Tuan Haji Salamian Bin Surip, Pengurus Kem Kaizen dan Penceramah Bebas yang telah memberikan ceramahnya dengan penuh semangat dan mendapat perhatian daripada tetamu yang hadir.

Selesai ceramah yang berciri motivasi sambil diselitkan dengan ketokohan kepimpinan dan akhlak Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, majlis pada hari tersebut diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta-peserta perarakan bersepanduk yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Datuk Haji Maulizan Bin Bujang, Exco Kerajaan Johor yang juga ADUN Kawasan Tiram. Majlis telah diakhiri dengan jamuan kepada semua tetamu yang hadir.




Pihak JKKK Sungai Tiram ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada pihak-pihak yang banyak memberi sumbangan tidak kira kewangan, material mahupun tenaga.

Ucapan Terima Kasih juga kepada semua tetamu kehormat dan juga penduduk kampung dan yang berhampiran atas kehadir bagi menjayakan majlis pada hari tesebut. Semoga semua mendapat rahmat dan hidayah dariNya.

Akhir sekali pihak JKKK Sungai Tiram juga ingin memohon ampun dan maaf atas apa jua kekurangan semasa dan sesudah majlis. Moga berjumpa lagi di majlis yang lain pula InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment