Saturday, August 30, 2014

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57

Assalammualaikum....

Pihak JKKK Kg Sg Tiram mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 57 Tahun.....

MALAYSIA.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Mari bersama menghayati erti kemerdekaan dan hargai pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu....

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

Saturday, August 23, 2014

ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA - PERINGKAT NEGERI JOHOR

ESOK (24hb OGOS 2014)!!!!!

Para Penilai Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) akan membuat lawatan dan penilaian di Kampung Sungai Tiram...

AYUH WARGA SUNGAI TIRAM..... MARI KITA JAYAKAN....
DOAKAN KEJAYAAN KAMPUNG KITA

Wednesday, August 20, 2014

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI - MUKIM SUNGAI TIRAM

Assalamualaikum……

Pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menjadi tuan rumah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Mukim Sungai Tiram yang diadakan di Komplek Penghulu MukimSungai Tiram.

Majlis sambutan telah Dipengerusikan oleh Penghulu Mukim, Tuan Haji Norazman Bin Hamzah.

Wakil Rakyat Parlimen Tebrau, YB Senator Khoo Soo Seng dan Wakil Rakyat DUN Tiram, YB Tuan Haji Maulizan Bin Haji Bujang juga dapat meluangkan masa menghadiri Majlis tersebut.



ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA (ADS1M) - PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum……
Pada 19hb Jun 2014 yang lalu, Pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menerima kunjungan Panel Hakim Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) bagi peringat Daerah Joho Bahru.

Majlis dimulakan dengan sambutan kedatangan Panel Hakim dengan pertunjukkan seni silat daripada Persatuan Seni Silat Gayong Harimau Kampung Sungai Tiram.


Para Panel Hakim telah diberi keterangan latar belakang kampung dan maklumat yang berkaitan sebelum Panel Hakim di bawa melawat sekitar kampung.

Wednesday, August 13, 2014

CARTA ORGANISASI BARU

Assalamualaikum...

Atas faktor kesihatan, Pengerusi JKKK @ Ketua Kampung telah meletak jawatan dan tempat beliau kini dipangku oleh Tuan Haji Mohd Shahari Bin Mohd Sham sehingga Pengerusi baru dilantik.

Untuk Makluman, Jawatan Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung telah dibuka permohonan sehingga 30hb Ogos 2014. Borang permohonan boleh diperolehi dari Tuan Haji Mohd Shahari dan Penghulu Mukim Sungai Tiram Tuan Haji Azman Bin Hamzah

Berikut Carta Organisasi JKKK yang baru sehingga pelantikan pengerusi yang baru.


Pihak JKKK Kampung Sungai Tiram memohon semua agar dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada Mantan Pengerusi JKKK @ Ketua Kampung , Tuan Haji Sidik Bin Sarmidi. Jasa Mu Tetap Dikenang.

BLOG DIAKTIFKAN SEMULA

Assalamualaikum.....

InsyaAllah, Blog milik JKKK Kampung Sungai Tiram ini akan diaktifkan semula.

Terima Kasih