Wednesday, August 20, 2014

ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA (ADS1M) - PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum……
Pada 19hb Jun 2014 yang lalu, Pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menerima kunjungan Panel Hakim Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) bagi peringat Daerah Joho Bahru.

Majlis dimulakan dengan sambutan kedatangan Panel Hakim dengan pertunjukkan seni silat daripada Persatuan Seni Silat Gayong Harimau Kampung Sungai Tiram.


Para Panel Hakim telah diberi keterangan latar belakang kampung dan maklumat yang berkaitan sebelum Panel Hakim di bawa melawat sekitar kampung.
















Pihak JKKK Kg Sg Tiram ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Panel Hakim, Jawatankuasa JKKK Kg Sg Tiram serta Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.

Alhamdulillah, Kampung Sungai Tiram telah dipilih selaku JOHAN Peringkat Daerah Johor Bahru dan akan mewakili Daerah Johor Bahru ke Peringkat Negeri yang mana Penilaian peringkat Negeri dijadualkan pada 24hb Ogos 2014.

Ayuh Warga Sungai Tiram, sama-sama kita berusaha dan berdoa bagi kejayaan bersama……

2 comments: