Monday, September 29, 2014

MAJLIS PENILAIAN ADS1M PERINGKAT NEGERI JOHOR

Pada 24hb Ogos 2014, Pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menerima kunjungan Penel Penilai Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor.

Majlis dimulakan dengan sambutan Penel Penilai dengan iringan kompang, pertunjukkan silat dari Persatuan Seni Silat Gayong Harimau Kg Sg Tiram, Persembahan Kenterongan dari kampung rangkaian, Kampung Bukit Dagang.


Monday, September 8, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 31hb Ogos 2013 yang lalu, pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menghantar wakil bagi menerima Hadiah tempat Pertama Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Daerah Johor Bahru yang disampaikan oleh YB Datuk Abdul Latiff Bandi, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mewakili Menteri Besar Johor.

Majlis Penyampaian Hadiah tersebut diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru seiring dengan Majlis Perbarisan Dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 57 Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2014.

Tuesday, September 2, 2014

SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA 2014

Assalammualaikum….

Pada malam 30hb Ogos 2014 yang lalu, pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menganjurkan Sambutan Malam Ambang Merdeka dengan kerjasama MAsjid Al-Muttaqin dan Persatuan Belia Sungai Tiram (BEST) bagi mengingati detik sejarah kemerdekaan negara tercinta.

Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan di Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram.