Tuesday, September 2, 2014

SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA 2014

Assalammualaikum….

Pada malam 30hb Ogos 2014 yang lalu, pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menganjurkan Sambutan Malam Ambang Merdeka dengan kerjasama MAsjid Al-Muttaqin dan Persatuan Belia Sungai Tiram (BEST) bagi mengingati detik sejarah kemerdekaan negara tercinta.

Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan di Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram.







Selepas Majlis bacaan Yassin dan Tahlil, majlis diteruskan dengan sambutan di perkarangan Balairaya Kampung Sungai Tiram yang diserikan dengan Bacaan Sajak, Pertunjukkan Silat dari Pertubuhan Seni Silat Gayong Harimau Kg Sg Tiram, Persembahan Kompang Berirama, Kior dan Tarian dari Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW).

Majlis kemuncak adalah dengan laungan MERDEKA, nyayian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku serta diiringi percikan bunga api.



























Pihak JKKK Kg Sg Tiram dan Persatuan Belai Sungai Tiram merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang memberi sokongan terutama kepada Penghulu Mukim Sungai Tiram, Tuan Haji Norazman Bin Hamzah kerana dapat meluangkan masa.

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

No comments:

Post a Comment