Saturday, December 20, 2014

KHIDMAT MASYARAKAT UTHM DI KG SG TIRAM.

Pada 12 hingga 13 Disember 2014 yang lalu, pihak Universiti Teknologi Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan kerjasama JKKK Kg Sg Tiram telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat di Kampung Sungai Tiram.


Berbagai aktiviti telah dilaksanakan diantaranya membaikpulih pagar di Komplek Penghulu Mukim
Sungai Tiram, Memasang jaring penghadang di Dewan Terbuka, Pertandingan Sepak Takraw & Bola Jaring antara
Pelajar-pelajar UTHM dan Belia-belia Kampung, Kem Motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah.















Terima kasih yang tidak terhingga pada Pensyarah-pensyarah UTHM dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof Madya Dr. Yusri Yusof, Dr. Zamri Omar dn Dr. Mohd Zamani Bin Ngali serta pelajar-pelajar yang dapat meluangkan masa untuk program tersebut.

Semoga jalinan kerjasama dan ukhwah ini dapat diteruskan pada masa akan datang.Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment