Saturday, December 20, 2014

KHIDMAT MASYARAKAT UTHM DI KG SG TIRAM.

Pada 12 hingga 13 Disember 2014 yang lalu, pihak Universiti Teknologi Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan kerjasama JKKK Kg Sg Tiram telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat di Kampung Sungai Tiram.


Berbagai aktiviti telah dilaksanakan diantaranya membaikpulih pagar di Komplek Penghulu Mukim

Tuesday, November 11, 2014

KEM KESIHATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA

Pada 2 November 2014 yang lalu Pihak JKKK Kg Sg Tiram telah bekerjasama dengan KPJ Johor Specialist Hospital telah menajurkan Kem Kesihatan sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia.

Berbagai acara telah dijalankan seperti Pemeriksaan Kesihatan, Ceramah Kesihatan, Senam Robik, Pertandingan Membuat Sandwiches Sihat, Pertandingan Mewarna dan sebagainya.


Aktiviti tersebut mendapat liputan New Straits Times pada 11hb November 2014. Keratan akbar sebagaimana di bawah. Juga boleh dibaca nst 11 Nov 14


Friday, October 24, 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436

Assalamualaikum wbt


Pihak JKKK Kampung Sungai Tiram Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1436H. Semoga segala amal sepanjang tahun 1435H diterima dan diberkati. Semoga tahun 1436H menjadikan kita insan yang deriman dan bertaqwa.


Monday, September 29, 2014

MAJLIS PENILAIAN ADS1M PERINGKAT NEGERI JOHOR

Pada 24hb Ogos 2014, Pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menerima kunjungan Penel Penilai Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor.

Majlis dimulakan dengan sambutan Penel Penilai dengan iringan kompang, pertunjukkan silat dari Persatuan Seni Silat Gayong Harimau Kg Sg Tiram, Persembahan Kenterongan dari kampung rangkaian, Kampung Bukit Dagang.


Monday, September 8, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 31hb Ogos 2013 yang lalu, pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menghantar wakil bagi menerima Hadiah tempat Pertama Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Daerah Johor Bahru yang disampaikan oleh YB Datuk Abdul Latiff Bandi, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mewakili Menteri Besar Johor.

Majlis Penyampaian Hadiah tersebut diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru seiring dengan Majlis Perbarisan Dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 57 Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2014.

Tuesday, September 2, 2014

SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA 2014

Assalammualaikum….

Pada malam 30hb Ogos 2014 yang lalu, pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menganjurkan Sambutan Malam Ambang Merdeka dengan kerjasama MAsjid Al-Muttaqin dan Persatuan Belia Sungai Tiram (BEST) bagi mengingati detik sejarah kemerdekaan negara tercinta.

Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan di Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram.



Saturday, August 30, 2014

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57

Assalammualaikum....

Pihak JKKK Kg Sg Tiram mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 57 Tahun.....

MALAYSIA.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Mari bersama menghayati erti kemerdekaan dan hargai pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu....

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

Saturday, August 23, 2014

ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA - PERINGKAT NEGERI JOHOR

ESOK (24hb OGOS 2014)!!!!!

Para Penilai Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) akan membuat lawatan dan penilaian di Kampung Sungai Tiram...

AYUH WARGA SUNGAI TIRAM..... MARI KITA JAYAKAN....
DOAKAN KEJAYAAN KAMPUNG KITA

Wednesday, August 20, 2014

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI - MUKIM SUNGAI TIRAM

Assalamualaikum……

Pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menjadi tuan rumah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Mukim Sungai Tiram yang diadakan di Komplek Penghulu MukimSungai Tiram.

Majlis sambutan telah Dipengerusikan oleh Penghulu Mukim, Tuan Haji Norazman Bin Hamzah.

Wakil Rakyat Parlimen Tebrau, YB Senator Khoo Soo Seng dan Wakil Rakyat DUN Tiram, YB Tuan Haji Maulizan Bin Haji Bujang juga dapat meluangkan masa menghadiri Majlis tersebut.



ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA (ADS1M) - PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum……
Pada 19hb Jun 2014 yang lalu, Pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menerima kunjungan Panel Hakim Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) bagi peringat Daerah Joho Bahru.

Majlis dimulakan dengan sambutan kedatangan Panel Hakim dengan pertunjukkan seni silat daripada Persatuan Seni Silat Gayong Harimau Kampung Sungai Tiram.


Para Panel Hakim telah diberi keterangan latar belakang kampung dan maklumat yang berkaitan sebelum Panel Hakim di bawa melawat sekitar kampung.

Wednesday, August 13, 2014

CARTA ORGANISASI BARU

Assalamualaikum...

Atas faktor kesihatan, Pengerusi JKKK @ Ketua Kampung telah meletak jawatan dan tempat beliau kini dipangku oleh Tuan Haji Mohd Shahari Bin Mohd Sham sehingga Pengerusi baru dilantik.

Untuk Makluman, Jawatan Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung telah dibuka permohonan sehingga 30hb Ogos 2014. Borang permohonan boleh diperolehi dari Tuan Haji Mohd Shahari dan Penghulu Mukim Sungai Tiram Tuan Haji Azman Bin Hamzah

Berikut Carta Organisasi JKKK yang baru sehingga pelantikan pengerusi yang baru.


Pihak JKKK Kampung Sungai Tiram memohon semua agar dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada Mantan Pengerusi JKKK @ Ketua Kampung , Tuan Haji Sidik Bin Sarmidi. Jasa Mu Tetap Dikenang.

BLOG DIAKTIFKAN SEMULA

Assalamualaikum.....

InsyaAllah, Blog milik JKKK Kampung Sungai Tiram ini akan diaktifkan semula.

Terima Kasih